KOP Transport Sdn Bhd

Pengenalan

SYARIKAT

KOP Transport Sdn Bhd yang terdahulunya dikenali sebagai KLI Transport Sdn Bhd merupakan salah sebuah anak Syarikat Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad yang tertakluk di bawah KOP Mantap Berhad. Diperbadankan pada 22hb Mac, 1991 dan didaftarkan dengan Pendaftaran Syarikat mengikut Nombor Pendaftaran 214342-M.

PENERAJU

Syarikat ini mula beroperasi pada 01hb. Julai, 1993 yang mana kini diterajui oleh Dato’Abuhan Bin Hasan selaku Pengurus Kop Transport.

PENGENALAN PERNIAGAAN

KOP Transport Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti membekal alatganti dan menyelenggara pelbagai jenis kenderaan, jentera serta injin bagi semua jenis kenderaan ringan dan berat.

KOPT adalah 100% milikan Bumiputra dan telah didaftarkan di Kementerian Kewangan Malaysia serta diiktiraf sebagai syarikat bumiputra oleh Kementerian Kewangan. Selain daripada itu, syarikat juga mempunyai Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan No. Rujukan Pendaftaran (357-00028276). Tumpuan perkhidmatan adalah kepada semua Kementerian, Jabatan – jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan, individu serta badan berkanun di Semenanjung Malaysia. 

KOPT akan memastikan pada tahun-tahun mendatang akan  memberi satu perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan-pelanggan yang memberi peluang kepada syarikat untuk membuktikan kemampuan kami dalam servis yang ditawarkan.

Hasil kerjasama semua pihak adalah matlamat yang diharap-harapkan untuk mencapai wawasan yang dituju.
 
You are here  :Laman Utama arrow Profil Syarikat arrow Pengenalan